Kehidupan universiti saya telah selama 4 bulan. Dalam 4 bulan ini, banyak aktiviti telah saya sertai. Antara aktiviti -aktiviti adalah perbarisan SUKEM, ICAF, Pesta Tanglung UKM, Festival Tang Yuan KKM dan sebagainya...
Kehidupan universiti yang sebenar dan kehidupan universiti yang saya berfikir adalah berlainan. Sebelum masuk ke universiti, saya berasa kehidupan universiti sangat senang dan sangat menyeronokkan. Memang tidak dinafikan keseronokan dalam kehidupan universiti, namun pembelajaran akedemik telah menjadi beban kepada saya. Budaya universiti memang tidak sama dengan budaya sekolah menengah yang dulu...Di sini, kebanyakan masa kami perlu belajar sendiri, jika menghadapi masalah kita perlu bertanya. Hal ini kerana sekiranya anda tiada bertanya,tiada orang akan tahu bahawa anda kurang faham dalam akedemik tersebut.
Sebagai seorang mahasiwi, nilai berdikari sangat perlu diamalkan. Kami harus berusaha belajar apa-apa yang berminat dan belum pernah dicubai.Semasa menghadapi masalah, kami perlu berfikiran optimistik untuk menyelesaikan masalah.
Oleh itu, secara kesimpulannya, nilai saling membantu antara kawan-kawan amat penting dalam kehidupan universiti setiap orang. Tiada ibubapa di sebelah kita, tetapi kita masih ada kawan di sisi kita...
Enjoy our every moment in uni life!!!!!^^




No comments:
Post a Comment