Oh! Pembelajaran akhir sebelum balik kampung~^^
Hari ini kelas dari pukul 8.00a.m.sampai 5 p.m.~
Kelas yang paling seronok dan tidak mengantukkan adalah Kelas EPPD 1063
Hal ini disebabkan Course ini perlu kami sendiri untuk dilaksanakan, dengan ini kami boleh mendapat ilmu komputer yang canggih dan baharu...
Kelas hari ini tiada belajar, tetapi bagi kita semua untuk buat ulang kaji. Maka, Pn telah menyediakan beberapa kuiz untuk kami buat. Di samping itu, beberapa pelajar yang bertuah juga terpilih untuk mempersembahkan slide yang bertajuk " Kalau saya seorang pensyarah, saya akan...".
Melalui presentation ini, saya telah menyaksikan betapa kreatif kawan-kawan sekalian dalam mereka slide-slide yang menerangkan idea mereka. Bukan ini sahaja, dengan presentation ini, beberapa idea yang berkesan juga diterima oleh Pn, sebagai contohnya memberi ganjaran kepada pelajar yang baik untuk mendorong mereka teruskan usaha, menghabiskan kerja sebelum balik dan sebagainya.
Berasa gembira semasa belajar aplikasi komputer. Good Luck for everyone untuk score keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan akhir tahun.
